Terma Penggunaan
NiagaOne menyediakan platform kepada seller bebas. Seller bertanggungjawab terhadap hak milik, ketepatan penerangan, penghantaran servis, polisi refund dan pematuhan undang-undang bagi produk masing-masing.
Produk dilarang
Kandungan cetak rompak, scam, bahan menyalahi undang-undang, produk berbahaya dan servis yang mengelirukan tidak dibenarkan.
Bayaran dan komisen
Komisen ditolak daripada setiap transaksi berjaya mengikut pelan seller. Caj payment gateway, refund, chargeback dan pertukaran mata wang boleh ditolak daripada baki seller jika berkenaan.
Polisi Bayaran Tenant
Semua tenant wajib mematuhi kaedah bayaran marketplace berikut:
- Produk berharga bawah RM5.00: DuitNow QR atau bayaran manual dengan upload resit.
- Produk berharga RM5.00 dan ke atas untuk pembeli Malaysia: PayPal/FPX selepas diluluskan dan diaktifkan oleh admin. FPX tertakluk kepada kelayakan akaun PayPal.
- Pembeli luar Malaysia: PayPal atau kad. Bayaran manual tempatan tidak ditawarkan.
- Jika gateway automatik belum diluluskan atau tergendala, admin boleh membenarkan bayaran manual sebagai fallback untuk pembeli Malaysia.
Tenant dilarang mengarahkan pelanggan membayar terus ke akaun sendiri, meletakkan QR peribadi atau link pembayaran luar dalam listing untuk mengelakkan komisen. Produk digital hanya dibuka selepas status order disahkan sebagai paid.
Payout, refund dan pertikaian
NiagaOne boleh menahan payout sementara bagi refund, chargeback, fraud, pertikaian pelanggan atau siasatan transaksi. Tenant bertanggungjawab memberikan produk atau servis seperti diterangkan.